GENEVA: Perdagangan global dijangka menguncup sebanyak 5 peratus pada 2023 berbanding tahun lepas, kata badan perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan ramalan pesimis keseluruhan untuk 2024. Memetik laporan Reuters, dalam kemas kini perdagangan globalnya, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) mengunjurkan bahawa perdagangan tahun ini akan berjumlah kira-kira AS$30.7 trilion (RM143.71 trilion). Menurutnya, perdagangan sektor barangan dijangka menguncup hampir AS$2 trilion pada 2023, atau 8 peratus, namun perdagangan industri perkhidmatan akan meningkat kira-kira AS$500 bilion atau 7 peratus. UNCTAD mengaitkan penguncupan dalam perdagangan global sebahagiannya disebabkan oleh prestasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya