PETALING JAYA: Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (CCO), Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Mac 2024.
Menurut TNB, beliau akan menggantikan Datuk Seri Ir. Baharin Din yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 29 Februari 2024.
TNB dalam kenyataan merakamkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan Diperbadankan atas persetujuan pelantikan tersebut yang telah dimaklumkan kepada Bursa Malaysia.
“Pada masa sama, TNB turut mengumumkan pelantikan Pengurus Kanan, Ali Munawar Salim sebagai Setiausaha Syarikat mulai 1 Januari 2024, bagi menggantikan Norazni Mohd Isa yang bersara.
“Peralihan kepimpinan dalaman yang lancar itu adalah demi kesinambungan hala tuju asprasi Reimagining (RT) yang sedang giat dilaksanakan melalui Peralihan Tenaga Bertanggungjawab dengan sasaran karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya. – UTUSAN