LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan BioAlpha Wellness Sdn. Bhd. bagi membangunkan Taman Agro Langkawi yang bernilai RM15 juta, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, taman agro tersebut akan dibina di Kuala Sungai Melaka, Padang Matsirat. “Kawasan ini kali terakhir dibangunkan ketika Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) atau lebih tepat kira-kira 20 tahun lepas. “Apabila dibangunkan nanti, kawasan ini akan menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat di samping menjadi satu lagi tarikan pelancongan baharu,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya