PETALING JAYA: Citaglobal Bhd. telah menerima kenyataan minat daripada TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd. (TNB), untuk turut serta dalam pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia. Kawasan potensi kerjasama antara TNB dan Citaglobal termasuklah ‘Project 2GW,’ sebuah projek ladang solar bernilai AS$2 bilion (RM9.75 bilion) dengan kapasiti 2 gigawatt (2GW) di Pahang. Citaglobal dalam kenyataan berkata, Konsortium 60:40 untuk Project 2GW, terdiri daripada Masdar, Citaglobal dan TIZA Global, telah dirasmikan melalui perjanjian pembangunan bersama (JDA) pada 1 Disember 2023. Jelasnya, JDA tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya