BzBee Consult bawa pulang empat anugerah sempena Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2023

BzBee Consult raih Campaign of The Year, empat emas sempena anugerah MPRA 2023

bzBee Consult membawa pulang empat anugerah Emas Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) tahun 2023 yang diadakan di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral pada baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: – bzBee Consult Sdn. Bhd., sebuah agensi Komunikasi Strategik Bumiputera terkemuka, menerima anugerah ‘Campaign of the Year’ MPRA 2023 melalui Kempennya ‘Rainforest World Music Festival: The Comeback Stronger Brand Story’.

Kempen itu juga memenangi Anugerah Emas dalam kategori Product Brand Development Award (B2C). Agensi ini juga membawa pulang empat (4) anugerah Emas MPRA2023, yang berlansung di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral.

Edisi ke-15 anugerah MPRA 2023 dianjurkan oleh Persatuan Hubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia. Penganugerahan ini dianjurkan setiap tahun, sebagai satu penghormatan serta penghargaan kepada pengamal Perhubungan Awam dalam
pelbagai kempen yang cemerlang dan kreatif, termasuk pengamal-pengamal dari agensi dan pengamal perhubungan awam ‘in-house’.

Dengan kejayaan ini, bzBee Consult membuktikan bahawa syarikat Bumiputera mampu bersaing malah setanding dengan syarikat-syarikat perhubungan awam multinasional. BzBee memperoleh kejayaan dalam kategori berikut:

i. Product Brand Development Award (B2C) – Rainforest World Music Festival: The ‘Comeback Stronger’ Brand Story;

ii. Employee Communication Award – From Dissent to Connection: An EmployeeCommunication Scenario;

iii. Crisis or Issue Management Award – Averting Crisis: ‘Turning Dissent Through Effective Engagement’; dan

iv. Sustainability Award – Sarawak Rainforest World Music Festival: A Compelling Comeback Story of Sustainability.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan bzBee Consult, Prof. Mohd Said Bani CM Din,”Penganugerahan ini adalah satu penghormatan bagi kami dan memcerminkan dedikasi kakitangan bzBee untuk sentiasa mempamerkan kreativiti dan kecemerlangan dalam setiap kempen yang diceburi. Anugerah ‘Campaign of the Year MPRA2023’ yang amat berprestij ini dan juga empat Anugerah Emas yang diperolehi membuktikan kekuatan dan kredibiliti agensi Bumiputera dalam menghasilkan karya penulisan dan kempen komunikasi yang memenepati kehendak klien serta kumpulan sasar untuk memberi impak ketara dalam dunia Perhubungan Awam”.

Kempen “Rainforest World Music Festival: The ‘Comeback Stronger’ Brand Story” menekankan inisiatif dan usaha Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam memperkenalkan semula jenama ‘Rainforest World Music Festival 2023’ sebagai jenama yang bukan sahaja satu festival musik antarbangsa, malah jenama yang mengutamakan pelbagai aspek kelestarian.

Hampir 20,000 pengujung festival dari seluruh dunia dan 199 pemuzik telah menyemarakkan Sarawak Cultural Village dan memberi sokongan kepada usaha dan komitmen STB dalam aspek kelestarian.

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, bzBee Consult terus berusaha ke arah kecemerlangan dan telah menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah MPRA secara konsisten, setiap tahun. Pada Awal tahun ini, Prof Said Bani CM Din juga telah memenangi Anugerah ‘Asia-Pacific Best Public Relations Leader’ 2022 yang dianugerahkan oleh World Communication Forum Association (WCFA), Davos Switzerland.

Malah, beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang juri bagi Davos Communications Awards 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya