Azman tiada kaitan ARJ Group Management & Services Asia

Azman tiada kaitan dengan ARJ Group Management & Services Asia

AZMAN Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AMMB Holdings Berhad mengesahkan Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormatnya, Tan Sri Azman Hashim tidak mempunyai kaitan dengan ARJ Group Management & Services Asia.

Menurut kenyataannya, Azman secara palsu dikaitkan dengan ARJ Group Management & Services Asia, yang menyenaraikan beliau selaku salah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.

“Kami ingin mengesahkan dan menjelaskan bahawa Tan Sri Azman Hashim tidak sama sekali terkait dengan ARJ Group Management & Services Asia.

“Kami memohon orang ramai dan pihak berkepentingan kami untuk berhati-hati dan sentiasa mengesahkan maklumat dengan sewajarnya berhubung sebarang percubaan palsu mengaitkan nama Tan Sri Azman Hashim dengan sebarang urusniaga,” katanya di sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya