PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Datuk Abu Tariq Jamaluddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 17 Disember (semalam). Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Mohd. Nizom Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023 selepas 38 tahun berkhidmat dan telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Menurut HASiL, antara sumbangan signifikan beliau adalah memperkenalkan konsep AES (awareness, education and…









