PETALING JAYA: Pihak berkepentingan akan menjadikan 2024 sebagai tahun untuk memantau dengan teliti pelaksanaan reformasi yang dijanjikan Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejajar dengan usia setahun kerajaan tersebut. Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie berkata, 2023 adalah tahun peralihan bagi Kerajaan Perpaduan, di mana ia menetapkan hala tujunya melalui pelbagai rangka kerja dan dasar. Katanya, ini termasuk rangka kerja Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya