PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkukuh komitmen untuk mengembangkan landskap peralihan tenaganya merentasi rantau yang lebih luas melalui penyertaan di Sidang Kemuncak Iklim (COP28), di Dubai mulai 30 November hingga 12 Disember 2023. Menurut TNB, kira-kira 40,000 perwakilan dijangka menghadiri COP28 di bawah Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. Jelasnya, TNB adalah antara tonggak utama dalam ruang pameran (pavilion) Malaysia dengan menyumbang kepakaran kepada wacana penting mengenai peralihan tenaga yang bertanggungjawab. Justeru, TNB berbangga menyertai kontinjen 200 delegasi Malaysia di COP28, di bawah naungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya