PETALING JAYA: SME Corporation Malaysia (SME Corp.), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Funding Societies memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM6 juta untuk usahawan belia Bumiputera di bawah program Inisiatif Pembiayaan PMKS Bumiputera (BMFI). Inisiatif pembiayaan baharu itu bertujuan meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp. Funding Societies, sebagai Rakan Kongsi Kewangan yang dilantik akan memperluaskan penyelesaian pembiayaan digitalnya kepada usahawan belia melalui program Pembiayaan Tunas-i mereka. Ketua Pegawai Eksekutif SME…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya