Simpanan Syariah KWSP tidak jadi pilihan sebab dividen rendah?

Simpanan Syariah KWSP tidak jadi pilihan sebab dividen rendah?

AHMAD Maslan menyampaikan hadiah tempat pertama pertandingan Pantomim Video Challenge 2023 kepada wakil BSN pada Majlis Sambutan Hari Integriti KWSP bersama Kementerian Kewangan dan Agensi Tahun 2023 di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar dividen yang rendah kemungkinan besar menjadi antara faktor ramai penca­rum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memilih Simpanan Syariah.

Justeru, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis langkah bagi pengasingan penuh dana tersebut daripada Simpanan Konvensional bakal mengubah situasi.

Beliau berkata, meskipun kerajaan tidak pernah meletakkan sebarang sasaran jumlah peserta Simpanan Syariah, namun berharap kadar dividen tinggi akan menarik lebih ramai memasukinya.

“Saya yakin ahli skim syariah bertambah jika dividen tinggi ataupun setara simpanan biasa kerana ini antara punca kenapa sikit pilih simpanan Islamik,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Hari Integriti KWSP 2023 bersama

Kementerian Kewangan (MoF) dan agensi-agensinya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Acara yang julung kali diadakan itu turut dihadiri oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pada 4 Mac lalu, agensi pengurusan dana persaraan berkenaan mengumumkan langkah peng­asingan penuh untuk dua dana tersebut yang akan bermula pada 1 Januari depan.

Simpanan Syariah diperkenalkan KWSP pada 2017, namun ramai mempersoalkan kadar pulangan tahunannya agak rendah dan tidak pernah mengatasi Simpanan Konvensional.

Mengulas lanjut, Ahmad meng­akui kekecewaan umat Islam terhadap dividen dana Islamik itu sehingga memberikan gambaran negatif kepada instrumen patuh syariah.

“Saya sendiri pun sering kali ditanya ramai Ahli Parlimen sama ada di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang pelik kenapa pula­ngan Simpanan Syariah begitu rendah,” jelasnya.

Dividen skim itu pernah mencecah 6.4 peratus ketika dilancar pada 2017, namun merosot kepada 5.9 peratus (2018), 5.0 peratus (2019), 4.9 peratus (2020) dan 5.6 peratus (2021). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya