Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$108.5 bilion

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$108.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut 0.37 peratus kepada AS$108.5 bilion pada 31 Oktober 2023, daripada AS$108.9 bilion dua minggu lalu.

Bank pusat itu berkata, kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$96.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

“Jumlah aset berjumlah RM610.34 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM509.36 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.99 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM59.84 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Tambah BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM165.01 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM172.78 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4. 61 bilion), deposit lain (RM37.87 bilion), kertas Bank Negara (RM36.76 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti lain (RM5.16 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya