IPOH: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Perak terus disediakan jaringan ke pasaran antarabangsa melalui kerjasama antara Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) dengan penyedia perkhidmatan teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Nityo. Melalui memorandum persefahaman (MoU), kedua-dua pihak akan mentransformasikan aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak yang telah dibangunkan oleh Digital Perak kepada satu platform e-dagang lengkap di negeri itu. Nityo Infotech Services Sdn. Bhd. (Nityo) akan membimbing dan melaksanakan orientasi (onboarding) untuk 200 PKS dalam platform tersebut tanpa kos kepada kerajaan negeri serta PKS. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penggunaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya