PETALING JAYA: Perodua menaikkan sasaran pengeluarannya tahun ini kepada 338,000 unit dan menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi sebanyak 325,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini, didorong bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif serta permintaan yang sihat bagi model keluarannya. Pada Januari 2023, syarikat mengumumkan sasaran pengeluaran dan jualan masing-masing sebanyak 330,000 unit dan 314,000 kenderaan berdasarkan momentum jualan yang diterima berhubung lanjutan penghantaran bagi kenderaan yang mendapat pengecualian cukai jualan pada 2021 di samping permintaan yang baik terhadap model baharunya, Perodua Axia. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya