PENGURUSAN harta pusaka sering menjadi isu sensitif terhadap masyarakat terutama melibatkan masa, wang ringgit dan tenaga. Ia susulan proses tuntutan harta pusaka mengambil masa yang lama bagi mereka yang tidak membuat wasiat semasa hidup. Jadi, proses yang perlu dilalui agak panjang bagi membolehkan harta pusaka dapat dibahagikan secara adil dan mengikut faraid. Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta tak alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian dan sebagainya dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya