PETALING JAYA: Lagenda Properties Berhad (Lagenda Properties) melaporkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM38.8 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2023 berbanding RM35.7 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya. Pemaju perumahan mampu milik dan perbandaran bersepadu dalam kenyataannya berkata, pada suku yang sama syarikat mencatatkan hasil sebanyak RM217.9 juta, peningkatan 21 peratus berbanding RM180.7 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama 2022. Menurutnya, pertumbuhan hasil didorong oleh peningkatan aktiviti pembinaan dan penukaran jualan daripada pelbagai projek, terutamanya Lagenda Teluk Intan 3A…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya