KEENAKAN kuih sejuk beku yang terkenal dengan nama Sis Lea Uli-Uli Sayang semakin dikenali selepas lebih 10 tahun berada di pasaran. Pemilik perniagaan kuih sejuk beku Jwan Delight itu, Jamaliah Md Yatim, 52, berkata, beliau memulakan perniagaan pada 2011 dengan mengeluarkan pelbagai menu pastri seperti kek, donut, roti dan sebagainya. Menurutnya, dalam masa sehari, dia mampu menghasilkan lebih kurang 2,000 biji karipap sejuk beku. “Sebelum ini saya ada pekerja tetapi selepas pandemik, saya mengusahakan perniagaan ini seorang sahaja. Jika ada pekerja mungkin keluaran produk akan bertambah sehingga 6,000 biji sehari.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya