PETALING JAYA: Ajinomoto (M) Berhad (AMB), sebuah syarikat makanan dan perasa terkemuka di Malaysia memperkenalkan dua produk sensasi terbaharu dari Seri-Aji®, iaitu Nasi Goreng Kari dan Sup Ayam yang merupakan hasil ciptaan sensasi kulinari yang bakal menambat hati rakyat Malaysia.
AMB dalam kenyataan berkata, Nasi Goreng Kari akan memberikan kepuasan dengan rasa yang menyelerakan dan
seimbang untuk semua manakala Sup Ayam pula dihasilkan untuk memudahkan namun menyelerakan, ia sempurna untuk suri rumah yang sentiasa sibuk dalam menguruskan kerja di rumah.
“Anda kini boleh menikmati masa bersama keluarga yang berkualiti menjadikan hubungan lebih akrab dan membahagiakan. Ini merupakan pengalaman baharu bersama keluarga.
“Serbuk perasa Nasi Goreng Kari kami mengandungi bahan-bahan sebenar, termasuk rasa kari yang aromatik dengan kadar kepedasan yang sempurna untuk dinikmati seisi keluarga manakala Sup Ayam kami pula menggabungkan rempah ratus berkualiti tinggi yang dipilih dengan teliti bagi memastikan anda dapat menikmati kelazatan dalam setiap hidangan,” katanya.
Menurutnya, paling penting, tambahan garam juga tidak diperlukan apabila menggunakan produk ini.
“Dengan inovatif ini, AMB ingin merevolusikan perjalanan kulinari anda dengan menyediakan produk yang ringkas dan mudah di mana setiap hidangan akan menjadi kenangan abadi bersama keluarga secara tidak langsung membantu anda memahami moto kami iaitu Eat Well, Live Well,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my atau laman web Smart Cooking oleh Sediapedia di www.smartcooking.com.my. – UTUSAN