BAGI meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan kekal komited untuk memperkukuh dan menyediakan program bantuan sosial secara bersasar terutamanya golongan mudah terjejas. Usaha ini melibatkan perluasan inisiatif sedia ada seperti pindahan tunai, bantuan berbentuk barangan (in-kind), subsidi serta program perlindungan pendapatan dan persaraan. Selain itu, program insurans sosial akan ditambah baik bagi memperluas liputan perlindungan seterusnya memastikan rakyat Malaysia mempunyai simpanan persaraan terkumpul yang mencukupi. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024, usaha juga akan diteruskan untuk memperkukuh intervensi pasaran buruh melalui program latihan semula seterusnya menjamin prospek pekerjaan kepada pekerja dalam situasi luar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya