Kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion atau 19.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Belanjawan 2024. Daripada jumlah itu, sebanyak RM303.8 bilion atau 77.1 peratus disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE) manakala baki RM90 bilion diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan (DE). Kerajaan Persekutuan bertekad untuk memperuntukkan sumber bagi memperkukuh pembentukan modal ke arah memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang. Berdasarkan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan merupakan tiga penerima utama Belanjawan 2024 merangkumi 42.3 peratus daripada jumlah perbelanjaan. “Berdasarkan peruntukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya