CYBERJAYA: Gergasi kenderaan elektrik antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Tesla secara rasmi membuka Pusat Tesla pertama seumpamanya di negara ini. Terletak bersebelahan pejabat firma teknologi terkenal Jepun, NTT Data di Persiaran Apec, premis berkeluasan 5,110 meter persegi itu berperanan sebagai pusat sehenti. Menurut Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan, bangunan dua blok itu memuatkan bilik pameran, jualan, sistem pengecas super, auditorium, ruang kerja dan pusat servis. “Uniknya, kami mengambil masa cuma selama dua bulan sahaja bagi menyiapkan pusat ini yang kini sudah mempunyai lebih 30 kakitangan,” katanya ketika ditemui pemberita di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya