PMKS terlibat import eksport terkesan penyusutan ringgit - Utusan Malaysia

PMKS terlibat import eksport terkesan penyusutan ringgit

RINGGIT ditutup pada 4.6650/4.6700 pada pukul 5 petang semalam berbanding 4.6860/4.6910 ketika ditutup pada Khamis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyusutan ringgit memberi kesan kepada perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutamanya yang mengimport bahan mentah menggunakan dolar Amerika Syarikat (AS), kata Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Samenta Pusat, Datuk William Ng berkata, PKMS yang terlibat dalam industri makanan juga terpaksa menerima impak daripada kenaikan kos bahan mentah yang rata-rata meningkat antara 15 hingga 20 peratus tahun ini.

Katanya, jumlah tersebut adalah jauh lebih tinggi dari penyusutan nilai ringgit kerana kos turut naik ekoran kekurangan bahan mentah dan kos lojistik yang melambung.

“Permintaan dari luar negara pula tidak meningkat seperti yang diharapkan walaupun ringgit semakin ‘murah’ berbanding matawang dolar AS.

“Antara sebabnya adalah kekangan ekonomi di peringkat global serta ketidaktentuan ekoran perang di Ukraine, krisis di Palestin serta ketegangan di antara AS dan China,” katanya.

Beliau berharap kerajaan dapat mencari jalan menyakinkan lebih ramai pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia serta merancakkan aktiviti eksport.

“Kenaikan mata wang AS dengan sendirinya tidak semestinya memberi kesan kritikal kepada PMKS sekiranya Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan faedah pinjaman.

“Kerajaan dapat membendung kos domestik seperti gaji dan elektrik,” ujarnya.

Semalam, ringgit dibuka lemah pada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830.

Pada 19 Oktober lalu, ringgit jatuh ke paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia kerana mata wang tempatan ditimbang oleh kenaikan dolar AS dan perbezaan kadar yang semakin meluas dengan negara itu.

Mata wang tempatan turun sebanyak 0.3 peratus kepada 4.7635 berbanding dolar AS, paling lemah sejak 1998, sekali gus menjadikannya prestasi terburuk di Asia tahun ini selepas yen Jepun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya