PUTRAJAYA: Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN (DPIA) menjangkakan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang pada tahun hadapan berdasarkan pengumuman Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu. Presidennya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dalam bajet yang dibentangkan Perdana Menteri telah memberi perhatian kepada golongan PKS yang mewakili sebahagian besar perniagaan di negara ini. Jelasnya, bagi merancakkan aktiviti dagang PKS, RM600 juta daripada RM8 bilion dana pinjaman di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) diperuntukkan untuk menyokong syarikat PKS. ”RM600 juta ini dikhususkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya