Pemegang saham KNM digesa mengundi pada EGM

Pemegang saham KNM digesa mengundi pada EGM, selamatkan syarikat

TUNKU KAMARIAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemegang saham KNM Group Berhad (KNM) digesa untuk mengundi pada Mesyaurat Agung Luar Biasa (EGM) dijadual esok, untuk melindungi hak pengundian mereka dan menyelamatkan syarikat tersebut.

Gesaan itu disuarakan oleh Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, seorang daripada Kumpulan Lembaga Pengarah baharu yang dicadangkan untuk pemilihan dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau menyarankan agar pemegang saham KNM memikul tanggungjawab masing-masing dan pengundi pada EGM itu untuk mengelak tuntutan mahkamah dibuat sehingga membolehkan satu keputusan yang tidak diingi berlaku terhadap syarikat.

“Dalam mesyuarat secara maya, lembaga pengarah sedia ada boleh mengarahkan pendaftaran pemegang saham yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut secara haram bagi membolehkan mereka mengundi secara haram tanpa sebarang pemeriksaan sewajarnya yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan menjelang EGM itu.

Tambah Tunku Aminah, kecekapan pengarah baharu yang dicadangkan dalam EGM, telah dipilih dengan teliti dan menyatakan kemampuan mereka untuk membawa KNM keluar daripada status PN17.

Beliau turut menyatakan kerangka visi lima tahun akan datang pengarah baharu dicadangkan termasuk melibatkan suntikan modal baharu, pengambilan aset baharu, pelaburan besar dalam projek baharu dan mendapatkan kontrak jangka panjang baharu.

Jelasnya, kebanyakan ahli lembaga yang dicadangkan adalah rakyat tempatan dan usaha yang dijalankan adalah untuk menyelamat dan membangunkan KNM, mencipta pekerjaan serta melindungi kepentingan semua pemegang saham yang kebanyakannya rakyat Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya