PETALING JAYA: Momentum jualan automotif Kumpulan UMW terus kukuh pada September 2023 dengan pendaftaran sebanyak 38,223 kenderaan, didorong oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan Perodua yang terus memenuhi pesanan tertunggak mereka. Prestasi tersebut menjadikan jualan automotif kumpulan meningkat sebanyak 16 peratus pada September kepada 309,738 unit daripada 267,226 unit yang didaftarkan dalam tempoh sama tahun lalu. UMWT mencatatkan jualan sebanyak 9,228 unit pada September 2023, hampir kepada 9,233 unit yang didaftarkan pada September 2022. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali berkata, setakat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya