PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan unjuran ‘Neutral’ ke atas sektor pelabuhan dan logistik di sebalik perdagangan global yang tidak memberangsangkan serta peraturan yang lebih ketat. Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz dalam satu nota kajian berkata, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengunjurkan jumlah perdagangan barangan global akan meningkat sebanyak 1.7 peratus tahun ini berbanding 2.7 peratus pada 2022. Menurut beliau, pembukaan semula China tidak memberi banyak dorongan kepada ekonomi global dengan keyakinan dan perbelanjaan pengguna di peringkat global telah dibebani oleh inflasi tinggi yang berterusan, kenaikan kadar faedah dan ekonomi global…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya