KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Glomac Berhad akan menyemak semula strategi termasuk mempelbagaikan perniagaan bagi berdepan dengan kesan penyusutan ringgit ketika ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berkata, pembinaan strata memerlukan banyak bahan pembinaan yang diimport berbanding pembangunan rumah teras yang kebanyakan bahan boleh diperoleh dalam negara. Katanya, walaupun kebanyakan harga bahan binaan sudah mula stabil kecuali simen, ada beberapa barang seperti lif, eskalator dan pelbagai lagi yang perlu diimport dari luar negara. “Membina kediaman bertanah mungkin menjadi satu daripada strategi. Namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya