Eksport cip Koa Denko dijangka meningkat 240 bilion keping

Eksport cip Koa Denko dijangka meningkat 240 bilion keping

AB. RAUF Yusoh (tengah) menyempurnakan gimik pecah tanah di tapak kilang baharu Koa Denko di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Eksport cip perintang keluaran pembuat cip mikro terkemuka, Koa Denko (Malaysia) Sdn. Bhd. (Koa Denko) dijangka meningkat kepada 240 bilion keping setahun menjelang 2028 berbanding 60 bilion keping ketika ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sasaran itu dapat dicapai selepas pembinaan kilang baharu Koa Denko di Taman Eco Ayer Keroh di sini siap pada suku pertama 2025 dengan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion.

Kata beliau, kilang berkeluasan 83,718 meter persegi itu akan menjadi kemudahan pengeluaran Koa Denko terbesar di dunia.

“Koa Denko membuka kilang pertama di luar negara pada 1973 di Batu Berendam. Ketika ini kilang sedia ada menghasilkan 4.3 bilion cip perintang sebulan, dengan tenaga kerja seramai 800 orang.

“Cip yang dihasilkan digunakan dalam automotif, telekomunikasi dan peralatan industri. Produk ini akan diedarkan kepada pengilang seperti Continental, Bosch, Aptiv, Sony, Huawei dan lain-lain.

“Kapasiti pengeluaran dijangka meningkat kepada 8.2 bilion cip perintang sebulan dalam tempoh empat tahun akan datang. Nilai eksport pula meningkat kepada 240 bilion keping cip setahun menjelang 2028 berbanding 60 bilion keping cip setahun ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Kilang Baharu Koa Denko di sini, hari ini.

Tambah Ab.Rauf, kilang baharu itu menawarkan sebanyak 950 peluang pekerjaan dan meningkat kepada 1,820 peluang pekerjaan menjelang 2028.

Menurutnya, ia juga bakal merancakkan lagi pertukaran teknologi dan pengetahuan, di samping membangunkan rantaian bekalan tempatan serta menyediakan peluang kemahiran kepada rakyat negeri ini.

“Susulan pembinaan kilang baharu ini, kedudukan Melaka dalam rantaian bekalan elektronik global semakin kukuh selepas beberapa lagi syarikat terkemuka turut memperbesarkan operasi mereka di negeri ini. Laporan Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan pelaburan diluluskan di Melaka telah meningkat dengan ketara setiap tahun.

“Sektor industri dan pembuatan adalah tulang belakang pembangunan ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 37.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun lepas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya