Ajinomoto terus perluas kesedaran pemakanan sukan - Utusan Malaysia

Ajinomoto terus perluas kesedaran pemakanan sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memperluaskan Projek Kesedaran Pemakanan Sukannya ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) tahun ini sebagai sebahagian inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan atlet pelajar dalam mencapai kemenangan.

Projek tersebut baru-baru ini dilancarkan dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Sekolah, Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ezaiddin Hussain bersama Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan AMB, Riichiro Osawa.

Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) menjadi sekolah pertama yang dipilih pada 2019 bagi projek ini sebelum diteruskan ke Sekolah Sukan Pahang Malaysia (SSMP) pada tahun lalu dengan sokongan yang berterusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Projek ini telah berjaya mengumpulkan lebih 1,050 atlet pelajar melibatkan sekolah dari BJSS, SSMP, dan SSMS yang telah diberikan pendidikan mengenai pemakanan sukan melalui ceramah pendidikan, penyediaan hidangan menerusi Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi®, poster dan sudut maklumat yang disediakan oleh AMB.

AMB berkata, pihaknya berharap dengan kerjasama antara KPM dan sekolah sukan kebangsaan akan terus memberi manfaat kepada lebih banyak atlet pelajar melalui pemakanan seimbang dan pengambilan diet yang lebih sihat.

“AMB akan terus menyokong dan menyumbang kepada peningkatan semangat sukan Malaysia dalam mencapai kemenangan dengan menggalakkan atlet muda untuk Eat Well, Live Well bersama Ajinomoto,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Kesedaran Pemakanan Sukan, sila layari https://www.ajinomoto.com.my/asv/about-sports-nutrition#tab_1302_3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya