PETALING JAYA: Citaglobal Bhd. (Citaglobal) dan konglomerat China, Shanghai SUS Environment Co Ltd, (Shanghai SUS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan komitmen pelaburan berjumlah RM15 bilion daripada Shanghai SUS bagi pembangunan bersama projek Sisa kepada Tenaga (WtE) di Malaysia. MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai SUS, Cindy Li Haiyan dan Pengerusi Eksekutif yang juga Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria pada Ekspo China-ASEAN Ke-20 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN di Nanning, China. Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Citaglobal dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya