KOS sampingan seperti cukai dan bil utiliti yang lebih tinggi apabila memiliki kediaman berstatus komersial mungkin menyebabkan pembeli tertanya-tanya sama ada rumah mereka boleh diubah statusnya. Sememangnya, status hartanah komersial boleh ditukar kepada status kediaman oleh pemiliknya jika hartanah tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan kediaman. Perkara tersebut diperuntukkan di bawah Seksyen 124 dan 124A Kanun Tanah Negara (KTN). Setiausaha Agung Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin berkata, secara teori, pemilik hartanah jenis komersial boleh menukarkan kategori kegunaan hartanah jenis ini kepada jenis kegunaan bangunan kediaman. Katanya, pemilik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya