PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi ini berikutan permintaan sederhana untuk mata wang domestik itu. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6855/6905 berbanding dolar AS daripada penutup semalam, pada 4.6890/6940. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan itu berada dalam kedudukan terlebih jual dari sudut teknikal, sekali gus membuka lebih banyak peluang dagangan. “Bagaimanapun, ia masih harus dilihat sama ada trend sebegitu boleh dikekalkan memandangkan sikap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya