PETALING JAYA: RHB Investment Bank Berhad (RHB Investment Bank) mengambil maklum teguran serta denda yang telah dikenakan Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) semalam. Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Investment Bank Berhad, Ganesh Sabaratnam berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan di samping telah menjalankan semakan serta meningkatkan proses usaha wajar dan prosedur semakan pelanggannya termasuk kedua-dua proses kuantitatif dan kualitatif untuk menjadi lebih mantap. “RHB Investment Bank turut bekerjasama dengan penasihat luar untuk memastikan kami terus menyelaras proses dan prosedur usaha wajar kami dengan amalan terbaik pasaran. “Penambahbaikan pada proses…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya