Perkenal harga maksimum bahan mentah untuk sektor hartanah - Utusan Malaysia

Perkenal harga maksimum bahan mentah untuk sektor hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta memperkenalkan harga maksimum bagi bahan mentah binaan seperti simen, konkrit, keluli dan subsidi cukai diimport dalam Belanjawan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, harga bahan mentah binaan yang telah melonjak naik bukan sahaja menjejaskan margin keuntungan syarikat hartanah tetapi juga menyebabkan projek tertentu tidak dapat dilaksanakan.

Selain itu, kata beliau, sektor hartanah turut berdepan masalah kekurangan tenaga buruh yang berterusan dan sukar mendapatkan pekerja selepas pandemik, menyebabkan projek lewat dilaksanakan.

“Gangguan rantaian bekalan juga kenaikan kos bahan dan inflasi. Hal ini telah menjejaskan garis masa projek dan margin keuntungan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, ujarnya, kenaikan kadar faedah susulan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebelum ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada permohonan pinjaman hartanah.

Bagaimanapun, UEM Sunrise menjangkakan pasaran hartanah akan berkembang sejajar dengan pertumbuhan ekonomi bagi tahun kewangan 2023.

“Dasar akomodatif, sokongan berterusan kerajaan, pelaksanaan langkah-langkah yang dirancang selaras dengan Belanjawan 2023 yang disemak (dan tahun akan datang), strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dijangka akan membantu sektor hartanah.

“Kami kekal fokus untuk mengukuhkan kelebihan daya saing dan akan sentiasa memanfaatkan peluang yang ada dalam semua segmen pasaran di kawasan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin Property Group Berhad, Chiau Haw Choon berkata, penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan ciri-ciri hijau juga perlu lebih digalakkan.

“Ia akan menggalakkan pemaju menghasilkan pembangunan yang kualiti tinggi, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh, meningkatkan kekemasan tapak pembinaan dan melonjakkan produktiviti.

“Selain tekanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi global, sektor hartanah juga sedang bergelut dengan isu-isu seperti turun naik pasaran, infrastruktur dan kebolehcapaian.

“Dasar yang disasarkan dalam Belanjawan 2024 boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan cabaran ini dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya