Pelabur asing jual RM113.5 juta ekuiti tempatan minggu lalu - Utusan Malaysia

Pelabur asing jual RM113.5 juta ekuiti tempatan minggu lalu

gaji
PELABUR asing di pasaran saham tempatan mengekalkan trend pembelian saham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing mengekalkan jualan ekuiti di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan aliran keluar berjumlah RM113.5 juta minggu lalu berbanding RM153.4 juta minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguannya berkata, pembelian bersih itu dicatatkan dari Isnin hingga Rabu sebelum disambung pada Jumaat selepas cuti Hari Kebangsaan pada Khamis.

Ujarnya, pelabur asing membeli bersih pada Isnin dan Selasa dengan masing-masing sebanyak RM12.1 juta dan RM53.6 juta, sebelum menjual bersih tertinggi pada Rabu sebanyak RM139.4 juta diikuti RM39.8 juta pada Jumaat.

“Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih bagi minggu ini adalah hartanah (RM142.5 juta), pembinaan (RM40.4 juta) dan teknologi (RM30 juta).

“Selain itu, tiga sektor terbawah mencatatkan aliran keluar asing bersih bagi minggu ini ialah penjagaan kesihatan (RM144 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM82.2 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM60.5 juta),” katanya.

Firma penyelidikan itu berkatai, penjualan bersih oleh pelabur asing setakat ini berada pada kadar RM2.68 bilion.

Mengulas lanjut, ujarnya, institusi tempatan sebaliknya mengekalkan belian bersih untuk tiga minggu berturut-turut dengan jumlah belian bersih bernilai RM191.3 juta pada minggu lalu.

“Institusi tempatan merekodkan belian bersih paling tinggi pada Rabu sebanyak RM103.5 juta, diikuti pada Jumaat (RM64.8 juta) dan Isnin (RM40 juta).

“Bagaimanapun pada Selasa ia mencatatkan jualan bersih berjumlah RM17.1 juta dan setakat ini, institusi tempatan telah membeli bersih RM3.23 bilion ke atas ekuiti di Bursa Malaysia,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research berkata, peruncit tempatan meneruskan jualan bersih yang tidak menjangkau minggu kelapan berturut-turut dengan jumlah jualan meningkat kepada RM77.8 juta minggu lalu.

Jelasnya, peruncit tempatan hanya menjalankan belian bersih sebanyak RM35.9 juta pada Rabu sebelum menjadi penjual bersih pada Isnin (RM52.1 juta), Selasa (RM36.5 juta) dan Jumaat (RM25 juta).

“Setakat ini peruncit tempatan telah menjual bersih RM550.7 juta.

“Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan kukuh dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing sebanyak 94.3 peratus dan dalam kalangan pelabur runcit serta institusi dengan masing-masing sebanyak 38.4 peratus dan 44.9 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya