Laurel B sasar 100,000 jualan Mixberry - Utusan Malaysia

Laurel B sasar 100,000 jualan Mixberry

WAN Nur Siti Aishah ketika majlis pelancaran produk baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat tempatan berasaskan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit, Laurel B menyasarkan penjualan produk keluaran terbaru Mixberry sebanyak 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengasasnya, Wan Nur Siti Aishah Wan Hasan berkata, keyakinan tersebut didorong pasaran yang semakin baik dan sentimen perniagaan bagi separuh kedua tahun ini yang menunjukkan tanda positif.

“Kami berkeyakinan terhadap fasa kembali semula ke pasaran dengan penjenamaan baharu bagi produk sedia adanya yang kini diberi nilai tambah dan bakal mendapat tempat di pasaran tempatan dan di luar negara.

” Selain itu kami juga yakin selepas penambahbaikan yang dijalankan ke atas produk menerusi penyelidikan dan kajian selama setahun dengan menggunakan kandungan berkualiti tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu Wan Nur Siti Aishah berkata, Laurel B akan kekal aktif untuk mempromosikan rangkaian produknya di Indonesia selepas menembusi pasaran negara jiran itu sejak 2019.

Ini adalah inisiatif syarikat untuk meluaskan rangkaian dan penguasaan pasarannya ke pasaran antarabangsa ekoran Indonesia itu memiliki beberapa faktor yang bersesuaian untuk memenuhi misi pengembangan syarikat untuk jangka panjang.

“Potensi pasaran bagi produk penjagaan kesihatan dan kulit di luar negara amat luas di mana permintaan daripada pelanggan semakin bertambah kini.

“Justeru kami merancang untuk menembusi pasaran Singapura dan Brunei dalam usaha merebut peluang ini untuk meningkatkan lagi jualan Syarikat,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya