PERUBAHAN gaya hidup yang serba pantas dan moden serta pertumbuhan ekonomi yang pesat secara tidak langsung mempengaruhi trend penawaran kediaman di bandar-bandar utama terutamanya Lembah Klang. Kebanyakan generasi muda lebih tertarik untuk tinggal di kawasan bandar yang berhampiran dengan tempat kerja dan pengangkutan awam seperti stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT). Perkembangan tersebut mendorong pemaju menawarkan kediaman melalui pembangunan berorientaikan transit (TOD) dan pembangunan bersepadu di lot komersial yang mendorong kepada penawaran kediaman berstatus komersial. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Senibina Fakulti Rekabentuk dan Senibina…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya