Inflasi makanan diunjur meningkat separuh kedua 2023 - Utusan Malaysia

Inflasi makanan diunjur meningkat separuh kedua 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIDF Research mengunjurkan tekanan inflasi makanan terus meningkat pada separuh kedua 2023 ekoran Malaysia sebagai pengimport makanan bersih bakal terjejas di tengah-tengah kesan perubahan iklim dan perkembangan luaran ke atas dasar eksport makanan.

Firma penyelidikan itu dalam nota kajian berkata, harga pengeluar Malaysia merosot bagi tempoh tujuh bulan berturut-turut di mana ia merekodkan penurunan sebanyak 1.8 peratus pada Ogos 2023.

Ujarnya, bagi peringkat pemprosesan, harga bahan mentah turut menurun sebanyak 2.4 peratus dengan Julai mencatatkan penurunan 6.3 peratus, paling `lembut’ dalam tempoh setahun.

“Kos bahan api mentah juga menguncup sebanyak 6.2 peratus manakala kadar inflasi bahan makanan dan makanan ternakan meningkat pada paras terendah dalam tempoh tujuh bulan kepada 3.3 peratus.

“Selain itu, kos untuk bahan perantaraan, bekalan dan komponen menurun sebanyak 3.7 peratus, penurunan terbesar dalam lebih tujuh tahun,” katanya.

Menurut MIDF Research, pertumbuhan dalam harga barang siap meningkat sedikit perlahan sebanyak 3.2 peratus pada Ogos berbanding bulan sebelumnya sebanyak 3.4 peratus.

“Pada asas bulan ke bulan, Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia meningkat 0.3 peratus apabila kos bahan mentah meningkat sebanyak 3.2 peratus, manakala bahan perantaraan susut sebanyak 0.5 peratus.

“Trend penguncupan IHP menunjukkan penyederhanaan selanjutnya dalam tekanan inflasi keseluruhan namun adalah wajar untuk memantau kenaikan berterusan dalam tekanan harga makanan,” katanya.

Jelas MIDF Research, meskipun IHP keseluruhan merosot, inflasi input untuk bahan makanan dan makanan ternakan kekal pada momentum pertumbuhan di mana sehingga Ogos 2023, IHP makanan meningkat sebanyak 5.0 peratus berbanding keseluruhan 2022 iaitu 3.4 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya