Audi e-tron GT - kenderaan elektrik paling sempurna? - Utusan Malaysia

Audi e-tron GT – kenderaan elektrik paling sempurna?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDERAAN elektrik (EV) sudah semakin banyak diperkenalkan dalam pasaran sejak akhir-akhir ini.

Sama ada daripada jenama-jenama Eropah, China, malah pembuat kenderaan tempatan seperti Proton (melalui EON) telah memasarkan beberapa model kenderaan elektrik berjenama SMART.

Audi e-tron ini mula diintai oleh peminat-peminatnya apabila kemunculannya dalam filem Avengers: End Game dan Audi e-tron ini dipandu oleh watak Tony Stark atau Iron Man.

Tidak dapat disangkal lagi, keterujaan dapat memandu kenderaan yang bernilai hampir RM600,000 ini, ternyata amat sukar bagi saya mencari kekurangannya.

REKA BENTUK FIZIKAL

Ia mempamerkan fizikal sebuah kereta sports sejati. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Akan tetapi, bayangkan kereta sport, mempunyai empat pintu dan boleh mengangkut penumpang di barisan belakang. Maka ia akan tampil sebagai kereta sport keluarga.

Rim 20 incinya ternyata memberikan sebuah imej menarik, keberadaannya yang rendah turut mengukuhkan sifat sportynya. Dihiasi pula dengan lampu DRL LED yang dinamakan Matrix Laser lights yang mempunyai corak agresif dan dipadankan dengan lampu LED belakang yang bersinar dengan pelbagai animasi sebaik sahaja anda menghidupkan kereta tersebut.

Melangkah masuk ke dalam kabin Audi e-tron ini, sekali lagi memaparkan bahawa ini adalah kenderaan berprestasi, mewah dan berteknologi. Kesemua keperluan kenderaan ini adalah dalam elektronik.

Sama ada dari segi pengurusan hiburan dalam kereta, sistem penyejukan, pelarasan tempat duduk sehinggalah mod prestasi enjin dan bantuan pemanduannya.

Kerusinya dibalut oleh kulit yang lembut dan tidak terlalu panas walau dijemur dalam parkir terbuka sepanjang hari. Malah, kerusi belakangnya juga menampilkan rekaan sporty untuk melengkapi rekaan keseluruhan dalaman.

Konsol tengah menjadi pusat kawalan utama apabila suis penghidup terletak di bahagian tengah, mode pacuan enjin (empat mod – Efficency, Comfort, Dynamic dan Individual) dan yang paling menarik perhatian saya ialah gearnya ibarat tombol ‘pemain kaset’ atau radio.

Anda cuma perlu menolaknya ke atas atau ke bawah untuk bergerak (D, N, R) serta satu tombol yang berasingan untuk P (parkir).

PEMANDUAN

Kekuatan utama untuk setiap kenderaan elektrik sepenuhnya ialah kuasa tujahan atau pecutan. Bagi Audi E-tron GT ini, kekuatan pecutan ini begitu kuat dan tidak pernah saya rasakan walaupun pernah memandu kereta yang mempunyai enjin berkapasiti besar lengkap dengan turbo.

Dalam mod comfort, saya mencuba pecutannya daripada keadaan statik sehingga mencapai 100 kilometer sejam km/j dalam tempoh tiga ke empat saat sahaja. Perasaan tujahan kuasa enjin elektrik Audi ini begitu kuat walaupun apa mode sekali pun yang anda pilih.

Berpadanan dengan jarak antara roda-rodanya yang panjang, kedudukan keseluruhannya yang rendah dengan permukaan jala nraya, ianya memberikan kestabilan dalam pemanduan agresif.

Sistem suspensinya sangat efisien. Walau sedikit keras seperti kebanyakan kereta-kereta sports, tetapi tidak sekali pun ia menyakitkan punggung apabila terpaksa melalui beberapa jalan raya yang berbonggol.

Memandangkan ini adalah sebuah unit Quattro bermakna, Audi ini, memacu dirinya dengan pacuan keempat-empat rodanya. Ini sudah tentu mengagihkan kuasa penghantaran kepada empat-empat rodanya secara serentak dan sekali gus memberikan kuasa cengkaman tayar yang menakjubkan.

Pada setiap gandar rodanya, ia mempunyai motor elektrik yang mana pada bahagian hadapan dipadankan dengan transmisi tunggal sementara roda belakang pula dipadankan dengan transmisi dua kelajuan.

KESIMPULAN

Audi E-Tron GT ini sememangnya sebuah kenderaan mewah. Malah, kenderaan mewah yang berteknologi tinggi, sporty dan tidak sekali pun sesi pandu uji saya rasakan ketidakselesaan pada mana-mana bahagian kedudukan dalam kereta.

Bagi yang mempunyai keupayaan, mungkin E-tron GT ini tidak cukup mengujakan untuk anda. Anda bolehlah dapatkan sama ada E-tron GT Quattro ini, anda boleh menempahnya berserta dengan pakej dinamik dimana beberapa penambahan dinamik seperti bumbung karbon fiber, cakera breknya disaluti dengan tungsten carbide lengkap dengan kaliper brek berwarna merah, serta beberapa penambahan kosmetik yang lain.

Dengan penambahan ini, harga jualannya bertambah menjadi RM667,790.

Jika ini juga tidak mencukupi untuk anda, variasi E-Tron GT RS, yang mana terdapat penambahan menarik dari segi bahan yang digunakan untuk kulit yang menyaluti kerusinya, dan perbezaan paling ketara, suspensinya jenis suspensi udara (air suspension). Kesemua penambahan ini menjadikan harga pasarannya kepada RM793,790.

Spesifikasi

● Kuasa penghantaran: 476 PS (350 kW)
● Tork: 630 Nm
● Kapasiti bateri: 93kWh
● Jarak pemanduan: 500km
● Kegunaan kuasa dalam perjalanan: 21.6 kWh/100km
● Suspensi : double-wishbone (hadapan) & multi-link (belakang)
● Material kulit balutan tempat duduk : kulit campuran perforated. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya