Alibaba Cloud lancar aplikasi untuk perkampungan Sukan Asia - Utusan Malaysia

Alibaba Cloud lancar aplikasi untuk perkampungan Sukan Asia

NAIB Presiden Kecerdasan Alibaba Cloud dan Pengurus Besar Enterprise Service Cloud, William Xiong pada taklimat kepada media Asia Pasifik di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Alibaba Cloud melancarkan aplikasi web kelestarian untuk atlet, wartawan dan kakitangan dalam tiga perkampungan Sukan Asia dalam usaha untuk mempromosikan kemampanan dan keterangkuman Sukan Asia dan Sukan Para Asia di Hangzhou.

Usaha tersebut juga bagi memacu amalan rendah karbon, serta penterjemah bahasa isyarat maya untuk memastikan individu yang mengalami masalah pendengaran boleh menyertai temasya dengan lebih baik.

Naib Presiden Kecerdasan Alibaba Cloud dan Pengurus Besar Enterprise Service Cloud, William Xiong berkata, aplikasi web interaktif memberi ganjaran kepada atlet, wartawan dan kakitangan Sukan Asia dengan mata karbon untuk membuat pilihan gaya hidup mesra alam, seperti menaiki pengangkutan awam, kitar semula sisa dan mengurangkan sisa makanan.

Ujarnya, di seluruh perkampungan Sukan Asia, para peserta boleh mengimbas kod QR untuk merekodkan aktiviti rendah karbon mereka dalam aplikasi web, daripada memilih untuk tidak menggunakan beg plastik di pasar raya, hingga mengambil gambar pinggan bersih mereka di dewan makan.

“Alibaba Cloud telah membuktikan kepakaran dalam menyokong inisiatif kemampanan organisasi dan acara sukan dengan teknologi digital.

“Melalui aplikasi web gaya hidup lestari yang inovatif, kami mahu menggalakkan peserta Sukan Asia untuk menjadi lebih mampan dengan merekodkan pilihan mesra alam harian mereka dan membantu mereka melihat kesan ketara daripada pilihan mereka,” katanya ketika ditemui pada taklimat media Asia Pasifik di sini semalam.

Melalui aplikasi web tersebut, peserta boleh mengumpul mata dan menebus pin bertema Sukan Asia edisi terhad dan produk rendah karbon.

Aplikasi web itu telah menarik lebih 310,000 kunjungan untuk menyertai aktiviti rendah karbon di seluruh perkampungan Sukan Asia, dan ia telah merekodkan lebih tujuh tan pengurangan karbon melalui aktiviti itu sejak pembukaan perkampungan Sukan Asia pada 16 September.

Dalam pada itu, Jurutera Algorithm Alibaba Cloud, Matt Zhang berkata, Alibaba Cloud juga memperkenalkan avatar digitalnya, Xiaomo, yang berfungsi sebagai penterjemah bahasa isyarat untuk individu yang mengalami masalah pendengaran.

Katanya, perintis awan tersebut menyepadukan avatar digital Xiaomo ke dalam aplikasi mini pada platform pembayaran Alipay.

“Aplikasi mini menyokong terjemahan dua hala antara bahasa isyarat dan bahasa pertuturan Cina. Pengguna boleh memasukkan mesej suara, yang watak maya akan diterjemahkan ke dalam bahasa isyarat untuk individu bermasalah pendengaran.

“Sebaliknya, aplikasi mini boleh mentafsir bahasa isyarat ke dalam bahasa pertuturan, memudahkan komunikasi yang lancar antara individu bermasalah pendengaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya