PUTRAJAYA: Akademi penerbangan terkemuka, Asia Aeronautical Training Academy (AATA) membentuk semula landskap latihan penerbangan yang memenuhi keperluan pendidikan penerbangan moden. Menerusi hasrat itu, akademi tersebut yang dimiliki ATAS Aeronautik Sdn (ATAS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Asian Aerospace Services Ltd (AAS), pengedar pesawat sah untuk Malaysia, Diamond Aircraft. Menurut kenyataan AATA, MoU itu merealisasikan kerjasama jangka panjang dengan penyampaian 10 unit pesawat Diamond 40NG dan dua pesawat Diamond 42 dalam tempoh 48 bulan akan datang. Dengan pembelian 10 unit Diamond 40NG, AATA boleh menjimatkan 331 tan penggunaan bahan api bersamaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya