Proton jual lebih 90,000 kereta setakat tahun ini

Proton jual lebih 90,000 kereta setakat tahun ini

PROTON X90 capai jualan segmen SUV tertinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) meneruskan trajektori peningkatan jualan pada Julai dengan 13,326 unit merangkumi pasaran domestik dan eksport, peningkatan sebanyak 16.1 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Prestasi itu sekali gus meningkatkan jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 90,647 unit.

Ini juga merupakan tempoh masa yang paling singkat syarikat telah melepasi 90,000 unit sejak 2012 dan penambahan 26.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pegangan pasaran bagi Julai diramalkan pada 20.5 peratus, dengan pegangan pasaran YTD kini pada 21 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, jualan automotif di Malaysia terus kukuh bagi 2023 tanpa penurunan dalam permintaan dalam empat bulan selepas tamat tempoh penghantaran kereta di bawah skim insentif PENJANA.

Ujarnya, terdapat banyak pengenalan model baharu pada tahun ini dan ini bersama-sama dengan pengumuman berprofil tinggi yang dibuat di ruang Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) serta sokongan kerajaan untuk menarik OEM baharu ke negara ini telah mengekalkan minat yang tinggi dalam kalangan pembeli.

“Proton sudah tentu memainkan peranan dalam peningkatan TIV. Dari segi peratusan, pertumbuhan jualan kami adalah lebih daripada dua kali ganda daripada industri setakat ini dan ini boleh dikaitkan dengan pembeli kereta yang tertarik dengan teknologi, kualiti, keselamatan dan nilai yang ditawarkan oleh barisan model kami.

“Dengan Proton X90 yang sudah pun mendahului kelasnya selepas hanya tiga bulan, model baharu yang akan dilancarkan dan kemasukan syarikat ke pasaran EV pada tahun ini melalui smart Malaysia, kami yakin dapat mencapai sasaran akhir tahun kami,” katanya dalam kenyataan.

Pencapaian Proton berlatarbelakangkan peningkatan jualan automotif setelah jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 64,864 unit untuk Julai.

Ini bersamaan dengan peningkatan 29.9 peratus berbanding bulan sama pada 2022 dan melonjakkan angka YTD sebanyak 12.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Justeru, prestasi jualan Proton sehingga Julai tahun ini, kini mengatasi industri sebanyak 14 peratus.

Proton X90 mengambil alih kepimpinan jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen D di Malaysia.

Walaupun kurang daripada tiga bulan penuh sejak pelancarannya pada 7 Mei 2023, tambahan ketiga kepada rangkaian SUV Proton, Proton X90, telah menerajui jualan keseluruhan dalam segmen pasarannya.

Bagi Julai, sebanyak 886 unit jualan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 2,225 unit dalam masa 86 hari sahaja dan meletakkannya di tangga teratas di antara pesaingnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya