Prospek hartanah dijangka lebih baik

Prospek hartanah dijangka lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LBS Bina Group Berhad (LBS) mengunjurkan prospek pasaran hartanah pada separuh kedua tahun ini lebih baik walaupun sedikit mencabar dan rumah mampu milik terus menjadi pemacu jualan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Eksekutif  LBS, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, jualan dan tempahan syarikat sudah mencapai RM1.4 bilion ketika ini, meliputi RM1 bilion jualan dan selebihnya tempahan.

Katanya, permintaan bagi rumah mampu milik masih ada dan perkara ini dapat dilihat apabila semua pembangunan kediaman oleh syarikat habis terjual ketika ini.

“Apa yang diperlukan adalah kestabilan politik kerana negara yang makmur, ekonomi dan politik yang stabil dapat menarik pelabur ke dalam negara.

“Selain itu, ia juga disokong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika KNDK negara boleh mencapai antara lima hingga enam peratus, maka keadaan pasaran akan baik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

LIM HOCK SAN

Sementara itu, Hock San berkata,  kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak memberikan kesan ketara terhadap sambutan terhadap projek pembangunan syarikat setakat ini.

Menurutnya, ini berikutan LBS menawarkan rumah pada harga yang berpatutan, lokasi yang strategik serta rumah yang berkualiti.

“Sebagai contoh Rumah Idaman BSP, yang terdiri daripada 1,312 unit telah ditempah sebanyak 100 peratus. In menunjukkan sambutan yang memberangsangkan terhadap pembangunan ini walaupun dengan kadar OPR telah dinaikkan.

“OPR memang ada kesan tetapi kalau tidak beli rumah sekarang, harga rumah juga akan terus naik,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada kejatuhan ringgit memberi kesan kepada kos pembinaan, beliau berkata, kesannya masih lagi terkawal.

“Ringgit yang lemah hanya memberi kesan kepada bahan import sahaja. Bagaimanapun, kesan ini masih lagi terkawal dan tidak memberi impak besar.

“Kejatuhan ringgit ada kebaikan dan keburukannya. Ringgit jatuh adalah sesuatu yang baik bagi eksport negara.

“Rumah boleh jual maknanya pasaran masih bagus. Buat masa ini, tidak ada hartanah daripada kami yang tidak terjual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya