PETALING JAYA: Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dijangka menjadi pemangkin perubahan kepada ketersambungan pengangkutan yang lebih baik di Pulau Pinang, menurut firma penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank IB). Firma penyelidikan itu berpendapat, projek LRT yang bakal melibatkan tebus guna tanah di selatan pulau berkenaan, (dianggarkan seluas 930 hektar) akan membentuk semula landskap pasaran hartanah di negeri itu. Menurutnya, projek itu akan menawarkan pelbagai peluang pembangunan baharu dalam sektor hartanah negeri termasuk kemungkinan perubahan corak permintaan hartanah komersial dari bahagian utara ke selatan Pulau Pinang. Katanya, antara penerima manfaat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya