PETALING JAYA: Permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah merosot sebanyak 11 peratus pada Jun 2023 selepas pertumbuhan kukuh sebanyak 23 peratus bulan ke bulan pada Mei lalu. Kemerosotan dalam permohonan pinjaman pada Jun 2023 mungkin disebabkan oleh penormalan permohonan pinjaman kerana data pada Mei 2023 berkemungkinan dirangsang oleh permintaan terpendam selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, menurut MIDF Research, angka yang lebih lemah itu juga mungkin disebabkan oleh kesan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada Mei 2023. “Setiap tahun, permohonan pinjaman merosot sebanyak 13.4 peratus, membawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya