LUMUT: Projek Taman Industri Halal Perak@Lekir (Perak HIP) bersebelahan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mampu memperluas rantaian produk halal khususnya berasaskan daging, dari negeri ini sehingga ke peringkat global. Ini kerana kedudukan lokasi Perak HIP yang strategik dan rantaian perhubungan ke Pelabuhan Lumut di sini, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang di Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Yahanis Yahya, menjelaskan Perak HIP yang akan dibangunkan di atas tanah milik agensi itu seluas 43 hektar diunjurkan memiliki nilai pelaburan kasar (GDV) bernilai RM1 bilion. Menurutnya, ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya