Kempen Beli Barangan Malaysia sasar jualan meningkat 2.5% - Utusan Malaysia

Kempen Beli Barangan Malaysia sasar jualan meningkat 2.5%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan peningkatan 2.5 peratus jumlah jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023, daripada RM2.7 bilion yang diraih tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, kempen ini berpotensi besar untuk merancakkan lagi berkembangan ekonomi dalam negara.

“Bagi peringkat Lotus’s Malaysia, menerusi KBBM, mereka telah mencatatkan jualan sebanyak RM40.1 juta pada tahun lalu berbanding RM34.6 juta pada 2021.

“Secara keseluruhan, kempen ini telah mencatatkan jualan sebanyak RM2.7 bilion pada tahun lalu. Justeru, kami sasar jualan itu akan meningkat 2.5% pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran KBBM Lotus’s, di sini, semalam.

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia), rakan strategik KPDN telah melancarkan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Lotus’s untuk tahun yang keenam.

Kempen itu bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia, meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli barangan tempatan, memupuk semangat patriotism rakyat Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan dan mempamerkan produk-produk mereka.

Lotus’s Malaysia kini memperoleh sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkan lebih daripada 900 jenis produk, di mana sebanyak 90 peratus disahkan Halal.

Upacara pelancaran tersebut turut menampilkan beraneka sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan serta tiga perusahaan sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan pengeluaran mereka dan usaha-usaha amal bermula Khamis ini hingga Ahad, 20 Ogos 2023 di Lotus’s Cheras.

Sebagai tanda pengiktirafan kepada usahawan tempatan dan produk-produk buatan tempatan, Lotus’s telah menganugerahkan sepuluh PKS berprestasi terbaik bagi tahun 2022 dan mengumumkan 12 pembekal baharu yang menyertai rangkaian Lotus’s PKS bagi 2023.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, 90 peratus (3000 produk) barangan Jenama Lotus’s diperoleh dan dikilangkan oleh rakan kongsi PKS tempatan, dan banyak diantara produk-produk keluarannya telah berjaya menjadi kegemaran isi rumah.

“Dengan kenaikan kos sara hidup akibat inflasi, jenama Lotus’s kami memberi pengguna pilihan alternatif, 15 peratus hingga 20 peratus lebih murah dan k ualiti yang setanding dengan jenama nasional,” katanya.

Pada Jun lalu, syarikat peruncitan tersebut telah melabur sebanyak RM50 Juta untuk membuat potongan secara tetap untuk lebih dari 3,500 produk melalui program #LotussLebihMurah.

Ia memberi pelanggan diskaun purata hingga 37 peratus untuk produk runcit berjenama nasional dan jenama Lotus’s bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin menekan kewangan isi rumah rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya