KAB catat untung bersih RM3.34 juta suku kedua 

KAB catat untung bersih RM3.34 juta suku kedua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kinergy Advancement Berhad (KAB) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM3.34 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023, meningkat 424 peratus daripada RM0.64 juta yang dilaporkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Penyedia penyelesaian tenaga dan kejuruteraan sehenti tersebut dalam kenyataannya berkata, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM45.08 juta bagi suku sama, peningkatan 5.7 peratus daripada RM42.64 juta yang dicatatkan pada suku kedua 2022.

Katanya, segmen Penyelesaian Tenaga Lestari (SES) Kumpulan meneruskan pertumbuhan yang luar biasa dengan mencatatkan hasil sebanyak RM7.65 juta, peningkatan ketara sebanyak 84 peratus daripada RM4.16 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, segmen Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (M&E) mencatatkan pendapatan RM37.34 juta pada suku tinjauan berbanding RM38.44 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Bagi tempoh enam bulan pertama pula, KAB melaporkan PAT sebanyak RM5.91 juta, peningkatan sebanyak 380.4 peratus berbanding RM1.23 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Keputusan segmen untuk SES juga menunjukkan peningkatan yang ketara, melonjak sebanyak 182.6 peratus daripada RM2.26 juta pada separuh pertama tahun 2022  kepada RM6.38 juta pada separuh pertama 2023.

Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan KAB, Datuk Lai Keng Onn berkata, Kumpulan terus disokong oleh pertumbuhan asas yang kukuh dan teguh dalam segmen SES sambil pihaknya mempercepatkan lagi pengembangan dan menarik lebih banyak peluang dalam industri yang berkembang pesat ini.

“Sehingga separuh pertama 2023, kami berbesar hati untuk menandakan pemulihan yang ketara dalam keuntungan Kumpulan sambil kami terus melakar paras tertinggi pertumbuhan baharu melalui segmen SES.

“Saya optimistik dengan prestasi kewangan bagi baki tahun kewangan 2023 dan yakin segmen SES kami akan terus memacu prestasi kewangan Kumpulan untuk tahun kewangan akan datang,” katanya.

Tambahnya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, syarikat memberi tumpuan pada mengembangkan portfolio aset yang sedia ada dalam rancangnya.

“Perkembangan yang ketara, termasuk kejayaan menyelesaikan pengambilalihan Matahari Suria Sdn. Bhd. (MSSB), dengan itu mengukuhkan kedudukan kami dalam domain tenaga suria.

“Ini seterusnya dicerminkan dalam penganugerahan kami baru-baru ini sebagai salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya