KAJANG: Honda Malaysia melancarkan model City baharu dalam lima varian termasuk varian baharu RS pada harga bermula daripada RM84,900. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 2,400 unit model tersebut sebulan. Katanya, model Honda yang paling dicari itu menerima reka bentuk yang diperbaharui, menampilkan bahagian luar yang lebih berani dan ciri-ciri canggih yang menawarkan kemudahan dan praktikal untuk pelanggan. “Sejak diperkenalkan pada 2002, terdapat lebih 423,000 City di jalan raya Malaysia. City generasi kelima yang diperkenalkan pada 2020 meningkatkan lagi segmen B…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya