PETALING JAYA: Telekom Malaysia Bhd. (TM) melaksanakan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada semua pekerja, termasuk eksekutif dan bukan eksekutif berumur 50 tahun ke atas. Syarikat telekomunikasi itu berkata, inisiatif VSS tersebut telah menerima maklum balas positif daripada pekerja kerana ia menawarkan pilihan untuk bersara awal atau peluang untuk beralih ke laluan kerjaya yang berbeza. “Skim ini dilakukan secara sukarela sepenuhnya, dan TM tidak menetapkan sebarang sasaran penerimaan untuk VSS ini,” katanya dalam kenyataan. TM berkata, Kumpulan turut menjalankan libat urus bersama kesatuan sekerja dan pekerja berpotensi untuk memastikan ketelusan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya